Thursday, 16 June 2011

" KEPENTINGAN PEREMPUAN SOLEHAH "

hadis-hadis yang diperturunkan ada menekan kepentingan perempuan yang solehah untuk dijadikan isteri.isteri yang solehah ialah hiasan yang terbaik.Takwa itu penting bagi orang yang beriman.untuk kesempurnaan iman selain takwa,ia dituruti dengan kehadiran isteri yang solehah.ini jugalah antara tanda-tanda kebahagiaan dunia dan akhirat.inilah panduan  asas yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w dalam usaha untuk memilih isteri demi menjamin kebahagiaan hidup di dunia juga diakhirat nanti...

SAMBUNGAN "DUNIA INI LAKSANA PERHIASAN DAN PERHIASAN YANG TERBAIK IALAH PEREMPUAN YANG SOLEHAH

salam terakhir

Daun-daun berguguran
musim silih berganti
manusia datang dan pergi
hujan turun dan berhenti
meniti hari dan menjangkari waktu
mengamit memori
salam terakhir di sini

sejenak aku di kuala
menimba segayung ilmu
mengaut secebis pengalaman
buat lilin penunjuk jalan
ku berikan kepadamu
sebagai tanda perpisahan
melainkan salam terakhir

perpisahan kita
hanya pada nama
percayalah!!!
kita tetap bersama
salam terakhirku ini
bahawa aku pasti kembali


Saturday, 11 June 2011

" dunia ini laksana perhiasan &perhiasan yang terbaik ialah perempuan yang solehah "

Rasulullah s.a.w ada bersabda menyatakan :- barangsiapanyang bertemu dengan Allah dalam keadaan bersih lagi suci,maka kahwinilah perempuan yang terhormat.Hadis daripada Abu umamah ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud bagi orang mukmin,sesudah dia bertaqwa kepada Allah,tidak ada yang lebih baik daripada mempunyai isteri yang solehah.Isteri yang apabila diperintahkan melakukan sesuatu,dia taat,apabila dilihat menyenangkan dan apabila diberi janji,diterima olehnya dan apabila ditinggalkan pergi,dia menjaga dirinya juga harta suaminya dengan baik

Friday, 10 June 2011

kehilangan

dalam meniti usia remaja
berbagai-bagai titian yang perlu dilalui
adakala terluka di kaki
adakala cemburu dihati

tergelincir menjunam ke lembah hina
tanpa tangan yang sempat menggapai
akar2 keimanan yang runcing
salur paut yang berduri
dalam belukar tebal
menyelimuti diri

terkapai-kapai mencari pegangan
tanpa berfikir mana yang dipaut
tangan yang menghulur terus diraut
maruah,hanya diri terus dikaut

terhenti nafas seketika
merenung sejenak kelemahan diri
begitu senang merebah diri
dalam pelukan 1001 permasalahan
yang tidak terjamin,satu penyelesaian

kini...termangu
terkedu
melakar masa depan
tanpa warna-warna ceria
sambil tangan ligat
mencari-cari pena
yang kering dakwatnya


sahabat

sahabat
tidak mudah dicari
untuk seorang sahabat sepertimu
teman penghibur
ketika duka
teman pembangkit semangat
engkaulah satu-satunya sahabatku
sahabat
masihkah engkau ingat
suatu masa dahulu
kau dan aku bagaikan isi dan kuku
walaupun ada yang cemburu
namun kau tetap memilihku
sebagai sahabat
masihkah engkau ingat
antara kita sering ada ketawa
yang mengiringi keremajaan kita
kita semakin akrab
yang membuatkan aku rindu
kenangan ketika dahulu
sahabat 
mungkin ini harapan ku
untuk bertemu denganmu
seperti dulu tetapi.....



kenangan dengan korang takkan ku lupa....

nie time bosan...karok time...hahaha..best sgt dpt kenal dgn korg...
my best frenzzz.....

dari majalah mingguan wanita

indahnya cinta nan tulus yang 
menyeru agar setiap individu 
menerima pasangannya dengan seadanya
usah banding2 dia dengan orang 
yang lebih kaya,hebat atau lawa
terima dia sebagaimana cinta itu bermula
penerimaan tanpa syarat menunjukkan 
bahawa anda mencintainya dengan tulus.
syukurilah semua yang dimiliki
dan tanamlah impian untuk meningkatkan kehidupan tanpa
mengorbankan kasih sayang
dan keintiman yang sedia terbentuk


Thursday, 9 June 2011

kamu yang sepadan keluarga dan sahabat mendoakan kebahagiaan kamu

cinta datang kepada orang yang masih mempunyai
harapan walaupun mereka telah dikecewakan
kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka
telah dikhianati,kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti
sebelumnya dan kepada  mereka yang mempunyai keberanian
dan keyakinan untuk membangunkan kembali
kepercayaan.bukan laut namanya jika airnya tidak berombak,
bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka
bukan kekasih namanya jika hatinya tak pernah merindu dan cemburu
satu-satu cara agar kita memperolehi kasih sayang
ialah menuntut  agar kita dicintai,tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada org lain
tanpa mengharap balasan
teruskan hubungan ini hingga ke pelamin impian ...se jejaka...
adindamu menunggu lamaranmu..
si gadis sedia untuk terus di cintai di alam perkahwinan